TENTANG KAMI

Sejarah Yayasan LTAT

Yayasan LTAT ditubuhkan pada 26 April 2000 oleh Syarikat Kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“Kumpulan LTAT”) yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad (“BHB”) dan dahulunya dikenali sebagai Yayasan Warisan Perajurit (“YWP”). Majlis pertukaran nama “YWP” kepada Yayasan LTAT disempurnakan oleh bekas Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, pada 22 Julai 2016 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Pada 1 Mei 2021, Yayasan LTAT telah melalui transformasi serta penstrukturan semula dan diuruskan secara sepenuh masa oleh pengurusan dan kakitangannya sendiri dengan tujuan utama penubuhan iaitu untuk menjaga kebajikan serta membiayai pendidikan anak-anak anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (“ATM”).

Teras Penubuhan YLTAT

Teras penubuhan Yayasan LTAT adalah meningkatkan mutu kehidupan anak-anak anggota atau veteran Angkatan Tentera Malaysia (“ATM”), termasuk ahli keluarga mereka tanpa mengira kaum atau agama terutamanya dalam aspek pendidikan dan kebajikan.

Berikut adalah teras penubuhan Yayasan LTAT:-

 

Teras Pendidikan

Teras Kemahiran

Teras Kebajikan

Shopping Basket