Program CSR
Program Kemahiran
Meningkatkan peluang kerjaya anak-anak dan veteran ATM melalui latihan, kursus, serta kolaborasi industri.
Latihan Kemahiran Anak ATM dan Anak Veteran ATM (LAKSAMANA)
Program kebolehpasaran modal insan, terbuka kepada anak-anak warga ATM dan anak veteran ATM daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), graduan IPTA lepasan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk menjalani latihan reskilling & upskilling dengan jaminan peluang pekerjaan selepas tamat latihan.
Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) Ahli BAKAT & Anak-Anak ATM
Kolaborasi antara Yayasan LTAT dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi peluang dan pembiayaan mengikuti kursus-kursus jangka pendek serta bimbingan kemahiran serta perniagaan di kolej komuniti kepada isteri anggota ATM, anak-anak dan warga kem.
Program TVET MARA
Penawaran 50 kuota kepada anak-anak warga ATM untuk kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)/MARA/Japan Industrial Institute (MJII)/Institut Kemahiran MARA (IKM). MARA akan menanggung sepenuhnya yuran pengajian serta menyediakan asrama (tertakluk kepada kekosongan) dan elaun sara hidup (ESH). Yayasan LTAT menyumbang bantuan bagi yuran pendaftaran.
Program Protégé Yayasan LTAT
Inisiatif untuk menyediakan platform khas atau green lane untuk anak-anak warga ATM dan awam Kementerian Pertahanan mendapatkan pekerjaan selepas mereka tamat pengajian di bawah program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protégé) dalam pelbagai industri seperti farmaseutikal, aeroangkasa, minyak dan gas dan penerbangan.
Pembangunan Kemahiran Komuniti ATM
Sorotan CSR Kemahiran
Himpunan kisah latihan, bengkel, dan program kemahiran yang dijalankan untuk anggota, veteran, dan keluarga ATM. Menampilkan perjalanan peserta serta impak peningkatan kemahiran mereka.