Program ini merupakan kerjasama strategik Yayasan LTAT bersama UNIRAZAK dan Jabatan Arah Pendidikan (“JAP”) ATM selama lima (5) tahun untuk memberi peluang kepada anak-anak anggota ATM melanjutkan pengajian ke Asasi Sastera secara percuma. Program ini terbuka kepada 250 anak-anak anggota ATM yang terawal sahaja.
Program kebolehpasaran modal insan, terbuka kepada anak-anak warga ATM dan veteran ATM daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), graduan IPTA lepasan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk menjalani latihan reskilling & upskilling dengan jaminan peluang pekerjaan selepas tamat latihan.
Pemberian chromebook atau peranti bersesuaian untuk anak-anak warga ATM yang terlibat dalam Program e-Perkasa SPM.
Inisiatif untuk menyediakan platform khas atau green lane untuk anak-anak warga ATM dan awam Kementerian Pertahanan mendapatkan pekerjaan selepas mereka tamat pengajian di bawah program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protégé) dalam pelbagai industri seperti farmaseutikal, aeroangkasa, minyak dan gas dan penerbangan.