Program CSR

INISIATIFKEMAHIRAN

Shopping Basket

Latihan Kemahiran Anak ATM dan Veteran ATM (LAKSAMANA)

1 (1)

Inisiatif kerjasama rakan strategik iaitu Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), iaitu latihan reskilling & upskilling. Program ini menawarkan peluang kemahiran dan sijil kemahiran profesional dengan jaminan peluang pekerjaan selepas tamat latihan serta lulus ujian terbuka kepada anak warga ATM dan veteran ATM.

Program TVET MARA

LOGO YLTAT N MARA
Penawaran 50 kuota kepada anak-anak warga ATM untuk kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)/MARA/Japan Industrial Institute (MJII)/Institut Kemahiran MARA (IKM). MARA akan menanggung sepenuhnya yuran pengajian serta menyediakan asrama (tertakluk kepada kekosongan) dan elaun sara hidup (ESH). Yayasan LTAT menyumbang bantuan bagi yuran pendaftaran.

Program Ekonomi Tertumpu Yayasan LTAT dan JPPKK

IMG_9466
Kolaborasi antara Yayasan LTAT dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi peluang dan pembiayaan mengikuti kursus-kursus jangka pendek serta bimbingan kemahiran serta perniagaan di kolej komuniti kepada isteri anggota ATM, anak-anak dan warga kem.