Yayasan LTAT

'Menuju ke Arah Kecemerlangan Pendidikan'

2019

  1. 11 Januari 2019 


     

    Majlis Menandatangani Perjanjian Antara UiTM dan Yayasan LTAT bagi Projek Endowmen Pembangunan Residensi telah diadakan pada 11 Januari 2019 bertempat di Aras 7, Canseleri Tuanku Syed Sirajudddin, UiTM Shah Alam.

    Perjanjian ini adalah bagi penajaan sebuah blok penginapan serba lengkap di UiTM Kampus Puncak Alam, Shah Alam.


2018

  1. 12 Oktober 2018 
    Majlis Penyerahan Cek Sumbangan dari Yayasan LTAT untuk pembelian tambahan User ID bagi tuisyen online melalui Program Home Tutor. Cek telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat & Pelanggan, Encik Zulkifli Ismail kepada Pengarah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brigedier Jeneral Haji Zubir Bin Mohamed di pejabat Jabatan Arah Pendidikan, Kementerian Pertahanan. 

    Sumbangan pembelian tambahan User ID bagi tuisyen online melalui Program Home Tutor ini bakal memanfaatkan anak-anak anggota ATM, veteran ATM serta anak-anak awam dan program ini dapat dijadikan medium persediaan bagi menduduki peperiksaan-peperiksaan penting.


  2. 6 September 2018 
    YB Tuan Haji Muhammad Bin Sabu, Menteri Pertahanan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada anak-anak ATM yang cemerlang sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM yang telah diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan.

     

  3. Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Pusat Hemodialisis.

    Majlis penyerahan cek sumbangan dari Yayasan LTAT bagi membangunkan Pusat Hemodialisis Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Cek telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif LTAT, YBhg. Datuk Zakaria Sharif kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, YBhg. Leftenan Jeneral Dato' (Dr) Yaakop bin Koming pada 26 Jun 2018.

    Pusat Hemodialisis ATM ini bakal memanfaatkan pesakit-pesakit dari anggota ATM, veteran ATM, staf awam KEMENTAH serta orang awam yang tinggal di kawasan berhampiran kem.


Terkini

  • Permohonan Dermasiswa Yayasan LTAT bagi Skim PT3, UPSR Role Model 2018, UPSR dan IPTA 2018/2019 telah ditutup.

  • Eksklusif untuk pelajar di bawah Skim Dermasiswa Role Model Yayasan LTAT & penajaan program pembelajaran Home Tutor [klik]


Hubungi Kami


Urusetia Yayasan LTAT Lembaga Tabung Angkatan Tentera Tingkat 2, Bangunan LTAT Jalan Bukit Bintang 55100 KUALA LUMPUR Email: yayasanltat[at]ltat.org.my


Talian Bebas Tol: 

1-300-88-5828