Kepada Warga ATM & Ahli Keluarga Yayasan LTAT menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan insentif tunai kepada penerima manfaat yang memerlukan.
Bakul Wira SEMBARA Kepada
Warga & Veteran ATM
Bantuan bakul makanan secara one-off berupa barangan keperluan harian diagihkan kepada warga dan veteran ATM yang memerlukan.
Sumbangan Alat Bantuan Kesihatan
Yayasan LTAT menghulurkan bantuan berupa peralatan kesihatan seperti katil hospital, kerusi roda, alat bantuan kesihatan dan ubat-ubatan kepada mereka yang memerlukan.
Bantuan Kecemasan Kemalangan & Kematian
Yayasan LTAT memberikan sumbangan one-off kepada warga dan veteran ATM yang diuji musibah kemalangan dan kematian ahli keluarga.
Skim Wira Insaniah
Bantuan tunai secara one off diberikan kepada anak-anak tentera yang kehilangan ibu, bapa atau keduanya sekali.
Bantuan Sara Hidup (BSH)
Yayasan LTAT menyalurkan BSH kepada veteran, balu dan bekas isteri yang ditinggalkan secara bulanan sejak tahun 2008 untuk mengurangkan beban isi rumah dalam menampung perbelanjaan harian.
Bantuan Bulanan Lampin Pakai Buang
Bantuan lampin pakai buang secara bulanan kepada veteran dan balu veteran yang memerlukan kerana masalah kesihatan.
Zakat Wakalah
Zakat Wakalah diagihkan untuk menyantuni anggota, keluarga serta veteran ATM yang tergolong daripada kumpulan asnaf, miskin, pesakit kronik, mualaf, anak yatim dan pelajar fisabilillah serta institusi masjid dalam kem untuk program khusus bersama kumpulan asnaf. Program berlangsung sepanjang tahun.