361962882_266001946054251_5293130369933470711_n

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ANAK ATM DAN VETERAN ATM (LAKSAMANA 1.0)

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ANAK ATM DAN VETERAN ATM (LAKSAMANA 1.0)


Aktiviti dan latihan sepanjang Program LAKSAMANA 1.0 berlangsung di ADTEC, Kemaman. Seramai 30 orang para pelatih telah menjalani latihan reskilling & upskilling berfokus kepada industri pengujian tanpa musnah (NDT), iaitu Liquid Penetrant Testing dan Ultrasonic Testing Thickness Measurement selama 7 hari, iaitu dari 14 hingga 20 Julai 2023 bersama training provider, RSA Academy.

Program ini telah melibatkan seramai 6 orang anak anggota ATM, 18 orang anak Veteran ATM dan 6 orang Veteran ATM.

361937651_266945839293195_5840062596338063095_n

PENYAMPAIAN SIJIL KEMAHIRAN PROGRAM PERINTIS LAKSAMANA 1.0 (NON DESTRICTIVE TESTING)

PENYAMPAIAN SIJIL KEMAHIRAN PROGRAM PERINTIS LAKSAMANA 1.0 (NON DESTRICTIVE TESTING)


TERENGGANU, 20 JULAI 2023 – Penyampaian sijil kemahiran kepada 30 orang pelatih Program LAKSAMANA 1.0 (NDT) telah disempurnakan menerusi Majlis Penyampaian Sijil International Personnel Certificate Scheme (IPCS), di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman, Terengganu.

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin merupakan kolaborasi strategik antara Yayasan LTAT bersama Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) untuk membantu menaiktaraf sosioekonomi anak anggota ATM, anak veteran ATM dan veteran ATM.

Sebagai makluman, para pelatih telah menjalani latihan reskilling & upskilling berfokus kepada industri pengujian tanpa musnah (NDT), iaitu Liquid Penetrant Testing dan Ultrasonic Testing Thickness Measurement selama 7 hari, iaitu dari 14 hingga 20 Julai 2023 bersama RSA Academy.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi MIGHT, Puan Ida Semurni binti Abdullah Ali, Pengerusi RSA Academy, Tuan Haji Saharudin bin Kambari dan Timbalan Pengarah Latihan ADTEC Kemaman, Encik Hamdan Bin Hashim

363421594_268867415767704_5052853084421602161_n

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT SETUJU TERIMA PROGRAM SENTUHAN ELIT SPM 2023

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT SETUJU TERIMA PROGRAM SENTUHAN ELIT SPM 2023


KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2023 – 6 Sekolah Menengah Dalam Kem telah menerima Surat Setuju Terima menerusi Majlis Penyampaian Surat Setuju Terima Program Sentuhan Elit SPM 2023 yang disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj Sudin.

Antara sekolah yang terlibat bagi program transformasi pendidikan, Program Sentuhan Elit SPM 2023 adalah SMK Desa Tun Hussein Onn, SMK Kem Terendak, SMK Pangkalan TLDM Lumut, SMK Tanjung Pengelih, Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Sekolah Tahfiz & Asrama Anak Yatim (STAY ATM).

Turut hadir, Pengarah Pendidikan ATM, YBhg. Brigedier Jeneral Haji Mohd Shukri bin Haji Mohd Ghazali dan wakil guru-guru daripada setiap sekolah.