349006512_257492690291463_614976353564380094_n

MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA YAYASAN LTAT DAN KUMPULAN INDUSTRI-KERJAAN BAGI TEKNOLOGI TINGGI (MIGHT)

MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA YAYASAN LTAT DAN KUMPULAN INDUSTRI-KERJAAN BAGI TEKNOLOGI TINGGI (MIGHT)


LANGKAWI, 24 MEI 2023 – Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) dan Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bertujuan untuk meningkatkan kemahiran anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan veteran ATM dalam industri pengujian tanpa musnah (Skilled Personnel Program in Non-Destructive Testing).

Program tersebut merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Industri Pertahanan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir dalam industri NDT yang mampu memberi nilai tambah berganda seiring dengan Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR) Negara.

Pemeteraian kerjasama antara Yayasan LTAT dan MIGHT selama dua tahun, iaitu dari 2023 sehingga 2025 ini dianggarkan bakal memberi manfaat kepada seramai 100 penerima manfaat.
Memorandum ini ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman disaksikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YLTAT, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (Bersara) dan Pengerusi Bersama (Kerajaan) MIGHT, YBhg. Prof Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid.

349100697_557690289629433_1291768310989794878_n

MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA YAYASAN LTAT DAN ASSICIATION OF MARINE INDUSTRIES OF MALAYSIA (AMIM)

MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA YAYASAN LTAT DAN ASSICIATION OF MARINE INDUSTRIES OF MALAYSIA (AMIM)


LANGKAWI, 25 MEI 2023 – Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) dan Association of Marine Industries of Malaysia (AMIM) telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU).

Kolaborasi strategik ini bertujuan untuk membantu menyediakan laluan bagi penempatan pekerjaan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan veteran ATM dalam industri maritim.

Memorandum ini ditandatangani oleh Ketua Eksekutif YLTAT, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan AMIM, YBrs. Ir. Hilmee Abu Kassim disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YLTAT, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YLTAT, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Bersara) dan Naib Presiden AMIM, YBrs. Encik Abd Ghafar Abd Samat.

358101520_258511230136656_5097745437750876342_n

PENYAMPAIAN DERMASISWA PREMIUM DAN PEMBERIAN KOMPUTER RIBA KEPADA ANAK-ANAK ATM DAN VETERAN ATM

PENYAMPAIAN DERMASISWA PREMIUM DAN PEMBERIAN KOMPUTER RIBA KEPADA ANAK-ANAK ATM DAN VETERAN ATM


KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2023 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan telah menyempurnakan penyampaian Dermasiswa Premium kepada 28 penerima dan pemberian Komputer Riba kepada 64 penerima yang terdiri daripada anak-anak ATM dan veteran ATM bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan.

Dermasiswa Premium ini merupakan insentif pendidikan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT), iaitu bantuan secara one-off sebanyak RM5,000 untuk anak-anak ATM dan anak veteran ATM yang melanjutkan pelajaran ke 100 Universiti Terbaik Dunia.

Sumbangan ini merupakan komitmen Yayasan LTAT dalam merealisasikan pelaksanaan dan hala tuju Kertas Putih Pertahanan, khususnya dalam memastikan pendidikan anak-anak warga ATM terjamin menerusi pelbagai program yang ditawarkan.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Bersara) dan Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin.

.