PENYAMPAIAN DERMASISWA PREMIUM DAN PEMBERIAN KOMPUTER RIBA KEPADA ANAK-ANAK ATM DAN VETERAN ATM


KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2023 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan telah menyempurnakan penyampaian Dermasiswa Premium kepada 28 penerima dan pemberian Komputer Riba kepada 64 penerima yang terdiri daripada anak-anak ATM dan veteran ATM bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan.

Dermasiswa Premium ini merupakan insentif pendidikan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT), iaitu bantuan secara one-off sebanyak RM5,000 untuk anak-anak ATM dan anak veteran ATM yang melanjutkan pelajaran ke 100 Universiti Terbaik Dunia.

Sumbangan ini merupakan komitmen Yayasan LTAT dalam merealisasikan pelaksanaan dan hala tuju Kertas Putih Pertahanan, khususnya dalam memastikan pendidikan anak-anak warga ATM terjamin menerusi pelbagai program yang ditawarkan.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Bersara) dan Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin.

.

Shopping Basket