• 2019
  • 2018
  • 2008
  • 2004
  • 2003
  • 2002
  • 2000

11 Januari 2019 


Majlis Menandatangani Perjanjian Antara UiTM dan Yayasan LTAT bagi Projek Endowmen Pembangunan Residensi telah diadakan pada 11 Januari 2019 bertempat di Aras 7, Canseleri Tuanku Syed Sirajudddin, UiTM Shah Alam.

Perjanjian ini adalah bagi penajaan sebuah blok penginapan serba lengkap di UiTM Kampus Puncak Alam, Shah Alam.

  1. 12 Oktober 2018 Majlis Penyerahan Cek Sumbangan dari Yayasan LTAT untuk pembelian tambahan User ID bagi tuisyen online melalui Program Home Tutor. Cek telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat & Pelanggan, Encik Zulkifli Ismail kepada Pengarah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brigedier Jeneral Haji Zubir Bin Mohamed di pejabat Jabatan Arah Pendidikan, Kementerian Pertahanan.Sumbangan pembelian tambahan User ID bagi tuisyen online melalui Program Home Tutor ini bakal memanfaatkan anak-anak anggota ATM, veteran ATM serta anak-anak awam dan program ini dapat dijadikan medium persediaan bagi menduduki peperiksaan-peperiksaan penting.
  2. 6 September 2018  YB Tuan Haji Muhammad Bin Sabu, Menteri Pertahanan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada anak-anak ATM yang cemerlang sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM yang telah diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan.
  3. Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Pusat Hemodialisis. [26 Jun 2018]Majlis penyerahan cek sumbangan dari Yayasan LTAT bagi membangunkan Pusat Hemodialisis Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Cek telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif LTAT, YBhg. Datuk Zakaria Sharif kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, YBhg. Leftenan Jeneral Dato' (Dr) Yaakop bin Koming pada 26 Jun 2018. Pusat Hemodialisis ATM ini bakal memanfaatkan pesakit-pesakit dari anggota ATM, veteran ATM, staf awam KEMENTAH serta orang awam yang tinggal di kawasan berhampiran kem.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Bekas Tentera Malaysia

14 JUN 2008

Pada 12 Mac 2004, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, telah menyampaikan biasiswa Yayasan Warisan Perajurit kepada anak-anak anggota ATM yang mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan persekolahan mereka. Yayasan ini telah ditubuhkan oleh kumpulan syarikat LTAT yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad.

Penyerahan cek bantuan peperiksaan PMR kepada anak anggota ATM

Aktiviti Utama Sepanjang Tahun 2002

YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, di Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM bagi tahun 2002. Anugerah tahunan dibiayai sepenuhnya oleh LTAT bagi membantu anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat yang telah mencapai kecemerlangan akademik didalam peperiksaan PMR dan SPM.

Majlis Pelancaran Yayasan Warisan Perajurit (YWP) oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak pada 4 Mei, 2000


Penyerahan cek dari Affin Berhad

 


Penyerahan cek kepada bekas anggota ATM oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

 


Penyerahan kunci rumah murah kepada balu anggota ATM

 


Penyerahan cek dari Affin Merchant Bank

 


Penyerahan cek dari Affin Holdings Berhad

 


Amanat YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri,
semasa pelancaran dana Yayasan Warisan Perajurit.