Objektif utama penubuhan Yayasan ini ialah untuk mengumpulkan seberapa banyak dana yang boleh dari kalangan syarikat-syarikat Kumpulan LTAT bagi membantu membiayai kos pembelajaran bagi anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta anak-anak veteran ATM.

Bagi mencapai matlamat penubuhan Yayasan ini, Lembaga Amanah Yayasan LTAT telah bersetuju untuk menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak ATM yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan yang mendapat tempat di IPTA serta anak-anak veteran ATM dalam peperiksaan UPSR dan PT3.