Objektif utama penubuhan Yayasan LTAT ialah untuk mengumpulkan seberapa banyak dana yang boleh dari kalangan syarikat-syarikat kumpulan LTAT bagi membantu membiayai kos pembelajaran anak-anak anggota ATM dan Veteran ATM.

Fungsi Yayasan LTAT adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak ATM yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR bagi memastikan anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara berjaya di dalam bidang pembelajaran masing-masing. Bantuan ke IPTA adalah terhad kepada anak-anak ATM sahaja.

Hanya terbuka kepada anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan juga anak-anak Veteran ATM dari kalangan Askar Wataniah Yang Diserapkan Sepenuh Masa (AKAS) tetapi tidak termasuk anak-anak Bekas Tentera British.

4.1 a) Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR (5A, 4A1B dan 4A1C) hanya bagi mata pelajaran teras sahaja dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan (B.M salah satu sama ada penulisan/pemahaman wajib mendapat A)

b) Sertakan salinan sah Keputusan peperiksaan UPSR yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.2 a) Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3 (6A – 11A) hanya bagi mata pelajaran teras sahaja dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. (B.M wajib mendapat A)

b) Keputusan peperiksaan PT3 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.

4.3 a) Mendapat tawaran ke IPTA untuk mengikuti Pengajian Ijazah Pertama sahaja .
b) Hanya layak untuk anak-anak ATM (Ibu/Bapa) yang masih berkhidmat.
c) Permohonan adalah bagi kemasukan dalam tahun semasa sahaja.
d) Pengajian sepenuh masa.
e) Sertakan Salinan Sah Surat Tawaran daripada Pusat Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.

a) Bagi anak-anak ATM yang masih berkhidmat, permohonan boleh dibuat melalui Jabatan Arah Pendidikan ATM, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

b) Bagi anak-anak Veteran ATM, permohonan boleh dibuat melalui Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVATM) Bahagian/Cawangan masing-masing.

a) Salinan sah keputusan peperiksaan UPSR/PT3 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
b) Salinan sah Sijil Kelahiran Pelajar.
c) Salinan sah Kad Pengenalan Pelajar.
d) Salinan sah Kad Pengenalan bapa / Buku Persaraan (hanya Veteran Tentera).
e) Salinan sah Buku Akaun Bank BSN /AFFIN (bukan akaun bersama).
f) Jika Anak Angkat/Anak Tiri hendaklah disertakan salinan sah surat pengesahan penjaganya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/diistihar di dalam PERBAH 11- Pasukan (anggota yang masih berkhidmat).

Hanya terbuka kepada anak-anak pertama anggota ATM yang sedang berkhidmat dari Lain-lain pangkat (LLP).

a) Lulus dan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan UPSR (4A2B, 4A1B1C)
b) Sertakan salinan sah Keputusan peperiksaan UPSR yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

a) Permohonan boleh dibuat melalui Jabatan Arah Pendidikan ATM, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

a) Salinan sah keputusan peperiksaan UPSR yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
b) Salinan sah Sijil Kelahiran Pelajar.
c) Salinan sah Kad Pengenalan Pelajar.
d) Salinan myTentera.
e) Salinan sah Buku Akaun Bank BSN / AFFIN (bukan akaun bersama).
f) Jika Anak Angkat/Anak Tiri hendaklah disertakan salinan sah surat pengesahan penjaganya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/diisytihar di dalam PERBAH 11- Pasukan (anggota yang masih berkhidmat).
g) BAT D 45 Rekod Perkhidmatan Hal-Hal Peribadi.