Bagi mencapai matlamat penubuhan Yayasan ini, Lembaga Amanah Yayasan LTAT telah menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak ATM yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan yang mendapat tempat di IPTA serta anak-anak Veteran ATM dalam peperiksaan UPSR & PT3.
Pada masa ini, jenis bantuan yang disediakan dan kadar baru yang diluluskan bagi anak-anak anggota ATM dan veteran ATM adalah seperti berikut :
Bil. | Peperiksaan | Bilangan A | Jumlah Bayaran |
---|---|---|---|
1. | UPSR | 6A 5A 1B 5A 1C (B.M salah satu sama ada penulisan / pemahaman wajib mendapat A) | RM450.00 setahun untuk tempoh 3 tahun. RM350.00 setahun untuk tempoh 3 tahun. RM200.00 setahun untuk tempoh 3 tahun. |
2. | PT3 | 9A – 11A | RM800 setahun untuk tempoh 2 tahun. |
8A | RM600 setahun untuk tempoh 2 tahun. | ||
7A | RM500 setahun untuk tempoh 2 tahun. | ||
6A | RM400 setahun untuk tempoh 2 tahun. | ||
(B.M wajib mendapat A) | |||
3. | IPTA | Untuk anak-anak ATM yang ibubapa masih dalam perkhidmatan sahaja. | Bantuan sebanyak RM1,000.00 bagi kemasukan ke IPTA dalam negeri sahaja dengan mengikuti pengajian Ijazah bagi tahun yang terkini sahaja. Berumur tidak melebihi 21 tahun. Tamat pengajian SPM, SPMV, STPM dan Matrikulasi. |
4. | UPSR ROLE MODEL | 4A 2B Untuk anak-anak pertama ATM Lain-Lain Pangkat (LLP) yang ibu bapa masih dalam perkhidmatan sahaja. | RM200.00 setahun untuk tempoh 3 tahun beserta penajaan program pembelajaran Home Tutor berjumlah RM120.00 setahun untuk tempoh 3 tahun. |
Bantuan yang diberi adalah bergantung kepada kedudukan kewangan dan jumlah dana yang diterima dari anak-anak syarikat LTAT. Pemohon yang berjaya akan dipantau pelajaran mereka melalui penghantaran Laporan Akademik setiap akhir tahun sebelum bayaran yang seterusnya dapat dibuat.
Bagi anak-anak anggota ATM yang memenuhi syarat-syarat kelulusan yang dinyatakan boleh membuat permohonan biasiswa melalui Jabatan Arah Pendidikan, KEMENTAH dan bagi anak-anak veteran ATM pula permohonan dibuat melalui Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) negeri masing-masing.
Borang-borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar kepada Jabatan Arah Pendidikan KEMENTAH bagi mereka yang masih berkhidmat. Bagi anak-anak veteran ATM borang-borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar kepada PVATM negeri masing-masing.
Kelayakan dan Syarat Permohonan untuk:
Kemasukan ke IPTA Sesi 2020/2021
Klik Sini Untuk Borang :
(Setiap borang perlu dilengkapkan dalam dua salinan, kecuali Borang Laporan Akademik)
Skim Dermasiswa Peperiksaan UPSR
Skim Dermasiswa Peperiksaan PT3
Skim Dermasiswa Pengajian ke IPTA
Skim Dermasiswa Peperiksaan UPSR (Role Model)
“Kegagalan menghantar Laporan Akademik sebelum 28 Februari setiap tahun akan mengakibatkan pembayaran dermasiswa ditamatkan secara automatik dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.”