Shopping Basket

Skim Penabungan Anak-Anak ATM Rukun Kelima (SPARK)

Yayasan LTAT menyumbang dana permulaan sebanyak RM50 bagi pembukaan akaun Tabung Haji atau mengkreditkan dana tersebut ke akaun sedia ada anak-anak ATM yang bersekolah di Sekolah Dalam Kem (“SDK”) seluruh negara

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) SPM

51450101935_950x600

Inisiatif ini dilaksanakan untuk memberi pengiktirafan kepada anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam bidang akademik di peringkat SPM. Syarat kelayakan utama AKP SPM adalah anak Pegawai perlu mendapatkan keputusan 6A ke atas dan anak Lain-Lain Pangkat (“LLP”) perlu mendapatkan keputusan 5A ke atas. Setiap penerima manfaat akan menerima insentif berjumlah RM1,500 secara one-off.

PROGRAM BANTUAN IPTA

rut-miit-oTglG1D4hRA-unsplash

Bantuan kewangan untuk anak-anak anggota ATM bagi kemasukan ke IPTA peringkat Ijazah Sarjana Muda. Insentif secara one-off sebanyak RM1,000 diberikan kepada pelajar yang terpilih.

BANTUAN LAPTOP PERCUMA

nordwood-themes-_sg8nXmpWDM-unsplash
Bantuan pemberian komputer riba percuma kepada anak-anak anggota ATM dan veteran yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA serta melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.

DERMASISWA PREMIUM

dom-fou-YRMWVcdyhmI-unsplash
Bantuan secara one-off diberikan khusus kepada anak-anak anggota dan veteran ATM yang berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama di 100 universiti terbaik dunia.

Program Sentuhan Elit SPM

ptt05

Program ini merupakan inisiatif bagi memberi bimbingan dan membantu persediaan anak-anak warga ATM yang akan menduduki peperiksaan SPM.

Inisiatif ini melibatkan tuisyen percuma dan teknik menjawab soalan SPM bagi mata pelajaran teras serta program motivasi di 4 buah sekolah menengah dalam kem (SDK) dengan kerjasama
guru cemerlang MRSM, SBP dan sekolah kluster kecemerlangan.

Program Penajaan Asasi Sastera Bersama UNIRAZAK

UniRazak_03

Program ini merupakan kerjasama strategik Yayasan LTAT bersama UNIRAZAK dan Jabatan Arah Pendidikan (“JAP”) ATM selama lima (5) tahun untuk memberi peluang kepada anak-anak anggota ATM melanjutkan pengajian ke Asasi Sastera secara percuma. Program ini terbuka kepada 250 anak-anak anggota ATM yang terawal sahaja.

Program Jejak Bakat Anak Tentera (JEBAT)

adi-goldstein-EUsVwEOsblE-unsplash

Program Jejak Bakat Anak Tentera (JEBAT) Latihan kebolehpasaran graduan merupakan salah satu program Train & Place tajaan Yayasan LTAT bersama rakan strategik. Ianya terbuka kepada graduan IPTA anak-anak warga ATM dan veteran ATM untuk menjalani latihan reskilling & upskilling dengan jaminan peluang pekerjaan selepas tamat latihan.

Bagi anak-anak anggota ATM dan veteran lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Yayasan LTAT melaksanakan program Train & Place iaitu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bersama rakan strategik yang memberi peluang pelajar terpilih menjalani latihan di organisasi bersesuaian dengan kursus yang ditawarkan serta padanan kerjaya selepas tamat latihan.

Bantuan Pendidikan kepada Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY ATM)

Sumbangan CSR pendidikan disalurkan bagi pelaksanaan tuisyen intensif Bahasa Arab, kelas tambahan dan keperluan makmal komputer kepada STAY ATM yang menempatkan pelajar tahfiz dan anak-anak yatim.

Program Bersama BAKAT ATM

Latihan kemahiran khusus untuk isteri dan keluarga warga ATM untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya keusahawanan, teknologi digital, industri makanan dan minuman, kemahiran perniagaan serta pendidikan dan sebagainya khusus bertujuan untuk bersama-sama membantu meningkatkan taraf kehidupan keluarga ATM.

Inisiatif Biasiswa Pendidikan bersama IIUM Endowment Fund (Yayasan LTAT-IIUM Ummatic Scholarship)

Yayasan LTAT telah menyuntik dana bagi pembinaan Mahallah di UIAM, Kampus Gombak yang siap dibina pada tahun 2015.

Mahallah ini dibina bertujuan untuk menjana pendapatan menerusi hasil sewaan yang digunakan sebagai biasisiwa pendidikan, iaitu Yayasan LTAT – IIUM Ummatic Scholarship bagi anak-anak anggota dan veteran ATM.

PROGRAM PENAJAAN ASASI PENGURUSAN PERNIAGAAN BERSAMA MERITUS UNIVERSITY

77446_Webp.net-resizeimage5

Pengajian Asasi Pengurusan Perniagaan secara percuma kepada seramai 100 orang anak-anak warga ATM dan veteran ATM.

LATIHAN KEMAHIRAN ANAK ATM & VETERAN ATM (LAKSAMANA)

WhatsApp Image 2023-07-17 at 10.55.50

Program kebolehpasaran modal insan, terbuka kepada anak-anak warga ATM dan veteran ATM daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), graduan IPTA lepasan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk menjalani latihan reskilling & upskilling dengan jaminan peluang pekerjaan selepas tamat latihan.