PENYAMPAIAN SIJIL KEMAHIRAN PROGRAM PERINTIS LAKSAMANA 1.0 (NON DESTRICTIVE TESTING)


TERENGGANU, 20 JULAI 2023 – Penyampaian sijil kemahiran kepada 30 orang pelatih Program LAKSAMANA 1.0 (NDT) telah disempurnakan menerusi Majlis Penyampaian Sijil International Personnel Certificate Scheme (IPCS), di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman, Terengganu.

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin merupakan kolaborasi strategik antara Yayasan LTAT bersama Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) untuk membantu menaiktaraf sosioekonomi anak anggota ATM, anak veteran ATM dan veteran ATM.

Sebagai makluman, para pelatih telah menjalani latihan reskilling & upskilling berfokus kepada industri pengujian tanpa musnah (NDT), iaitu Liquid Penetrant Testing dan Ultrasonic Testing Thickness Measurement selama 7 hari, iaitu dari 14 hingga 20 Julai 2023 bersama RSA Academy.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi MIGHT, Puan Ida Semurni binti Abdullah Ali, Pengerusi RSA Academy, Tuan Haji Saharudin bin Kambari dan Timbalan Pengarah Latihan ADTEC Kemaman, Encik Hamdan Bin Hashim

Shopping Basket