Penggerak Utama Dalam Memperkasakan Pendidikan dan Kebajikan Warga ATM

Yayasan LTAT Logo large
Menuju ke Arah Kecemerlangan Pendidikan
Yayasan LTAT ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan bersama oleh Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad
Previous
Next

Yayasan LTAT

Yayasan LTAT ditubuhkan pada 26 April 2000 oleh Syarikat Kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“Kumpulan LTAT”) yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad (“BHB”) dan dahulunya dikenali sebagai Yayasan Warisan Perajurit (“YWP”). Majlis pertukaran nama “YWP” kepada Yayasan LTAT disempurnakan oleh bekas Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, pada 22 Julai 2016 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Teras utama penubuhan Yayasan LTAT:

"Menuju ke Arah Kecemerlangan Pendidikan"

Yayasan LTAT ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan bersama oleh Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad

Kepada Siapa?

Lembaga Amanah Yayasan LTAT telah menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak ATM yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan yang mendapat tempat di IPTA serta anak-anak Veteran ATM dalam peperiksaan UPSR & PT3.

Kepada siapa?

Lembaga Amanah Yayasan LTAT telah menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak ATM yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan yang mendapat tempat di IPTA serta anak-anak Veteran ATM dalam peperiksaan UPSR & PT3.

Objektif

  • Menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak anggota dan veteran ATM;
  • Menjalinkan kerjasama strategik dengan Universiti-universiti tempatan untuk kepentingan anak-anak ATM; dan
  • Menyediakan bantuan kewangan, sara hidup dan manfaat lain kepada anggota dan veteran ATM serta keluarga mereka.

Aktiviti Terkini

Misi

Yayasan LTAT ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan bersama oleh Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad untuk membantu membiayai kos pembelajaran anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PT3.

Pendidikan

Kebajikan

Shopping Basket

PERMOHONAN DILANJUTKAN

Berita baik buat anda semua yang risau akan terlepas tempoh permohonan!

Yayasan LTAT telah MELANJUTKAN tempoh permohonan SAP Technology Professionals tajaan penuh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera sehingga 10 September 2023 ini.

Pastikan anda rebut peluang terhad ini. Mohon segera!👇🏻

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ANAK ATM DAN VETERAN ATM (LAKSAMANA) – PENERAJU SKIL ILTIZAM BOILERMAN

Program tajaan penuh oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dengan kerjasama Yayasan LTAT

Tempoh latihan program adalah selama 6 bulan dengan 4 pensijilan:-
1️⃣ Competency Certificate in Engineering (Boiler Operation & Maintenance) oleh QUALIFI
2️⃣ Certificate in Professional Boiler Operation & Maintenance oleh UTM Space
3️⃣ CIDS Green Card
4️⃣ Oil & Gas Safety Passport (OGSP)

🗓 Tarikh tutup permohonan 4 September 2023 ‼️

Mohon segera!

SKIM PENABUNGAN ANAK-ANAK ATM RUKUN KELIMA (SPARK) SIRI 2

Yayasan LTAT dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji dan Jabatan Arah Pendidikan ATM kini kembali bersama SPARK Siri 2!

Menerusi inisiatif ini, Yayasan LTAT akan menyumbang dana permulaan sebanyak RM50 bagi pembukaan akaun Tabung Haji atau pengkreditan terus ke dalam akaun sedia ada anak-anak warga ATM.

Pembukaan kaunter Tabung Haji di 38 buah Sekolah Dalam Kem (SDK) akan bermula pada Ogos hingga Oktober 2023!

🗓️ Jadual Jelajah SPARK Siri 2 akan dihebahkan dari semasa ke semasa.

Skim Penabungan Anak-Anak ATM Rukun Kelima (SPARK)

Yayasan LTAT menyumbang dana permulaan sebanyak RM50 bagi pembukaan akaun Tabung Haji atau mengkreditkan dana tersebut ke akaun sedia ada anak-anak ATM yang bersekolah di Sekolah Dalam Kem (“SDK”) seluruh negara

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) SPM

51450101935_950x600

Inisiatif ini dilaksanakan untuk memberi pengiktirafan kepada anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam bidang akademik di peringkat SPM. Syarat kelayakan utama AKP SPM adalah anak Pegawai perlu mendapatkan keputusan 6A ke atas dan anak Lain-Lain Pangkat (“LLP”) perlu mendapatkan keputusan 5A ke atas. Setiap penerima manfaat akan menerima insentif berjumlah RM1,500 secara one-off.

PROGRAM BANTUAN IPTA

rut-miit-oTglG1D4hRA-unsplash

Bantuan kewangan untuk anak-anak anggota ATM bagi kemasukan ke IPTA peringkat Ijazah Sarjana Muda. Insentif secara one-off sebanyak RM1,000 diberikan kepada pelajar yang terpilih.

BANTUAN LAPTOP PERCUMA

nordwood-themes-_sg8nXmpWDM-unsplash
Bantuan pemberian komputer riba percuma kepada anak-anak anggota ATM dan veteran yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA serta melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.

DERMASISWA PREMIUM

dom-fou-YRMWVcdyhmI-unsplash
Bantuan secara one-off diberikan khusus kepada anak-anak anggota dan veteran ATM yang berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama di 100 universiti terbaik dunia.

Program Sentuhan Elit SPM

ptt05

Program ini merupakan inisiatif bagi memberi bimbingan dan membantu persediaan anak-anak warga ATM yang akan menduduki peperiksaan SPM.

Inisiatif ini melibatkan tuisyen percuma dan teknik menjawab soalan SPM bagi mata pelajaran teras serta program motivasi di 4 buah sekolah menengah dalam kem (SDK) dengan kerjasama
guru cemerlang MRSM, SBP dan sekolah kluster kecemerlangan.

Program Penajaan Asasi Sastera Bersama UNIRAZAK

UniRazak_03

Program ini merupakan kerjasama strategik Yayasan LTAT bersama UNIRAZAK dan Jabatan Arah Pendidikan (“JAP”) ATM selama lima (5) tahun untuk memberi peluang kepada anak-anak anggota ATM melanjutkan pengajian ke Asasi Sastera secara percuma. Program ini terbuka kepada 250 anak-anak anggota ATM yang terawal sahaja.

Program Jejak Bakat Anak Tentera (JEBAT)

adi-goldstein-EUsVwEOsblE-unsplash

Program Jejak Bakat Anak Tentera (JEBAT) Latihan kebolehpasaran graduan merupakan salah satu program Train & Place tajaan Yayasan LTAT bersama rakan strategik. Ianya terbuka kepada graduan IPTA anak-anak warga ATM dan veteran ATM untuk menjalani latihan reskilling & upskilling dengan jaminan peluang pekerjaan selepas tamat latihan.

Bagi anak-anak anggota ATM dan veteran lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Yayasan LTAT melaksanakan program Train & Place iaitu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bersama rakan strategik yang memberi peluang pelajar terpilih menjalani latihan di organisasi bersesuaian dengan kursus yang ditawarkan serta padanan kerjaya selepas tamat latihan.

Bantuan Pendidikan kepada Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY ATM)

Sumbangan CSR pendidikan disalurkan bagi pelaksanaan tuisyen intensif Bahasa Arab, kelas tambahan dan keperluan makmal komputer kepada STAY ATM yang menempatkan pelajar tahfiz dan anak-anak yatim.

Program Bersama BAKAT ATM

Latihan kemahiran khusus untuk isteri dan keluarga warga ATM untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya keusahawanan, teknologi digital, industri makanan dan minuman, kemahiran perniagaan serta pendidikan dan sebagainya khusus bertujuan untuk bersama-sama membantu meningkatkan taraf kehidupan keluarga ATM.

Inisiatif Biasiswa Pendidikan bersama IIUM Endowment Fund (Yayasan LTAT-IIUM Ummatic Scholarship)

Yayasan LTAT telah menyuntik dana bagi pembinaan Mahallah di UIAM, Kampus Gombak yang siap dibina pada tahun 2015.

Mahallah ini dibina bertujuan untuk menjana pendapatan menerusi hasil sewaan yang digunakan sebagai biasisiwa pendidikan, iaitu Yayasan LTAT – IIUM Ummatic Scholarship bagi anak-anak anggota dan veteran ATM.

PROGRAM PENAJAAN ASASI PENGURUSAN PERNIAGAAN BERSAMA MERITUS UNIVERSITY

77446_Webp.net-resizeimage5

Pengajian Asasi Pengurusan Perniagaan secara percuma kepada seramai 100 orang anak-anak warga ATM dan veteran ATM.

LATIHAN KEMAHIRAN ANAK ATM & VETERAN ATM (LAKSAMANA)

WhatsApp Image 2023-07-17 at 10.55.50

Program kebolehpasaran modal insan, terbuka kepada anak-anak warga ATM dan veteran ATM daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), graduan IPTA lepasan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk menjalani latihan reskilling & upskilling dengan jaminan peluang pekerjaan selepas tamat latihan.

Sumbangan Bantuan One-Off

Kepada Warga ATM & Ahli Keluarga Yayasan LTAT menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan insentif tunai kepada penerima manfaat yang memerlukan.

Bakul Wira SEMBARA Kepada Warga & Veteran ATM

joel-muniz-3k3l2brxmwQ-unsplash
Bantuan bakul makanan secara one-off berupa barangan keperluan harian diagihkan kepada warga dan veteran ATM yang memerlukan.

Sumbangan Alat Bantuan Kesihatan

national-cancer-institute-utozCMIkis8-unsplash
Yayasan LTAT menghulurkan bantuan berupa peralatan kesihatan seperti katil hospital, kerusi roda, alat bantuan kesihatan dan ubat-ubatan kepada mereka yang memerlukan.

Bantuan Kecemasan Kemalangan & Kematian

jon-tyson-ne2mqMgER8Y-unsplash

Yayasan LTAT memberikan sumbangan one-off kepada warga dan veteran ATM yang diuji musibah kemalangan dan kematian ahli keluarga.

Skim Wira Insaniah

diego-ph-SZYreZsJ-fE-unsplash
Bantuan tunai secara one off diberikan kepada anak-anak tentera yang kehilangan ibu, bapa atau keduanya sekali.

Bantuan Sara Hidup (BSH)

nico-smit-NFoerQuvzrs-unsplash
Yayasan LTAT menyalurkan BSH kepada veteran, balu dan bekas isteri yang ditinggalkan secara bulanan sejak tahun 2008 untuk mengurangkan beban isi rumah dalam menampung perbelanjaan harian.

Bantuan Bulanan Lampin Pakai Buang

joel-muniz-qvzjG2pF4bE-unsplash
Bantuan lampin pakai buang secara bulanan kepada veteran dan balu veteran yang memerlukan kerana masalah kesihatan.

Zakat Wakalah

annie-spratt-TBHOuN6URGU-unsplash
Zakat Wakalah diagihkan untuk menyantuni anggota, keluarga serta veteran ATM yang tergolong daripada kumpulan asnaf, miskin, pesakit kronik, mualaf, anak yatim dan pelajar fisabilillah serta institusi masjid dalam kem untuk program khusus bersama kumpulan asnaf. Program berlangsung sepanjang tahun.